Manchester United berharap berjaya mendapatkan Angel Di Maria sebelum jendela perpindahan ditutup. Berita perpindahan Maria ke United sudah lama kedengaran namun belum belum menjadi kenyataan. Persoalannya sekarang, adakah United bersetuju dengan yuran perpindahan Maria dari St.Bernebeau ke Old Trafford?
Menurut ESPN FC, united dikatakan bersetuju untuk membayar sebanyak 59.7 million pound sebagai yuran perpindahan pemain kebangsaan Argentina tersebut,sekaligus memadamkan rekod perpindahan Torres dari Atletico Madrid ke Chelsea sebanyak 50 million pound.
Maria dilaporkan terbang pada Malam Isnin dan mendarat di Lapangan Terbang Manchester sebelum meneruskan perjalanan ke pusat latihan kelab di Carrington untuk berbincang dengan pengurusan kelab berkenaan kontrak beliau.
Berjayakah United mendapatkan Maria? Kita tunggu dan lihat.
No comments:
Post a Comment