Mari ikut Labuan Red Devil

Saturday, September 20, 2014

Kedudukan Liga Perdana Inggeris - Minggu ke 4.


Selepas 4 perlawanan United kini berada di tangga ke 9. Di mana kedudukan United selepas perlawanan ahad ini?

Barclays Premier League : Leicester City vs Manchester United.


Leicester City vs Manchester United.
King Power Stadium.
21/9/2014.
8.30 malam (Waktu Malaysia).

Mampukah United meneruskan rentak kemenangan? Kita tunggu dan lihat.

Wednesday, August 27, 2014

Carta liga minggu ke dua.



Capital One Cup : MK Dons vs Manchester United.


Keputusan perlawanan awal pagi tadi menyaksikan United sekali lagi kecundang dikaki pemain MK Dons dengan jumlah jaringan yang agak banyak,4 biji. Tapi jangan sedih,perlawanan awal pagi tadi United menurunkan pemain-pemain dari kalangan pasukan kedua dan majoritinya adalah pemain muda. Hehehehehe. 

Walaupun berjaya menandatangani Maria,ia belum memadai bagi united dan masih meneruskan episod kekalahan demi kekalahan mereka. Adakah LVG akan mengikut langkah Moyes yang disingkirkan dari Old Trafford? Kita tunggu dan lihat. 

Perlawanan seterusnya : Burnley vs Manchester United / 30 Ogos 2014 / 7.45 malam. 

Terkini : Maria ke United.


Angel Di Maria telah menandatangani kontrak selama 5 tahun bersama United. Dengan yuran perpindahan dari Real ke United yang memadamkan rekod perpindahan Torres dari Atletico Madrid ke Chelsea,Maria kini sah milik United. 

Persoalannya kini, berjayakah Maria menyinar di Old Trafford? Mari kita tunggu dan lihat.

Tuesday, August 26, 2014

Katanya : Di Maria ke United - Siri 2.



Manchester United berharap berjaya mendapatkan Angel Di Maria sebelum jendela perpindahan ditutup. Berita perpindahan Maria ke United sudah lama kedengaran namun belum belum menjadi kenyataan. Persoalannya sekarang, adakah United bersetuju dengan yuran perpindahan Maria dari St.Bernebeau ke Old Trafford? 

Menurut ESPN FC, united dikatakan bersetuju untuk membayar sebanyak 59.7 million pound sebagai yuran perpindahan pemain kebangsaan Argentina tersebut,sekaligus memadamkan rekod perpindahan Torres dari Atletico Madrid ke Chelsea sebanyak 50 million pound.

Maria dilaporkan terbang pada Malam Isnin dan mendarat di Lapangan Terbang Manchester sebelum meneruskan perjalanan ke pusat latihan kelab di Carrington untuk berbincang dengan pengurusan kelab berkenaan kontrak beliau. 

Berjayakah United mendapatkan Maria? Kita tunggu dan lihat.

Barclays Premier League : Sunderland vs Manchester United.


Aku lambat update,kemarin cuti so hari ni la baru update. 

Ramai yang sudah tau keputusan perlawanan kan? Perlawanan berakhir dengan keputusan seri biarpun United menguasai hampir keseluruhan perlawanan dan membuka jaringan pada minit ke 17 melalui Mata tetapi itu tidak memadai. 

Sekalipun berjaya mendapatkan 1 mata sahaja dalam pertembungan minggu lepas,United masih berada dalam kelompok pertengahan liga,tiada apa yang perlu dibanggakan. Keputusan LVG menurunkan Cleverley juga dianggap oleh segelintir peminat United sebagai "not so clever" kerana kerap melakukan kesilapan sehingga membuka peluang kepada Sunderland untuk menyamakan kedudukan. 

Selepas ini United akan bertemu dengan MK DONS dalam saingan Capital One Cup. Berjayakah mereka ? Kita tunggu dan lihat.