Aku lambat update,kemarin cuti so hari ni la baru update.
Ramai yang sudah tau keputusan perlawanan kan? Perlawanan berakhir dengan keputusan seri biarpun United menguasai hampir keseluruhan perlawanan dan membuka jaringan pada minit ke 17 melalui Mata tetapi itu tidak memadai.
Sekalipun berjaya mendapatkan 1 mata sahaja dalam pertembungan minggu lepas,United masih berada dalam kelompok pertengahan liga,tiada apa yang perlu dibanggakan. Keputusan LVG menurunkan Cleverley juga dianggap oleh segelintir peminat United sebagai "not so clever" kerana kerap melakukan kesilapan sehingga membuka peluang kepada Sunderland untuk menyamakan kedudukan.
Selepas ini United akan bertemu dengan MK DONS dalam saingan Capital One Cup. Berjayakah mereka ? Kita tunggu dan lihat.
No comments:
Post a Comment