Mari ikut Labuan Red Devil

Monday, August 18, 2014

Pembukaan liga musim 2014/2015 : Manchester United vs Swansea City.


Ramai yang sudah tau kan keputusan perlawanan?  Walaupun menguasai perlawanan tapi United kecundang di kaki dengan keputusan 2-1. 

Permainan yang ditunjukkan oleh barisan United agak mantap walaupun Swansea berjaya mendahului sebelum disamakan oleh ketua pasukan Wayne Rooney.  Selepas kemasukan Nani bagi menggantikan Hernandez sekalipun, mutu permainan United masih terbaik. Tapi keadaan berubah apabila Fellaini dimasukkan pada minit ke 67 bagi menggantikan Herrera. Sudahnya, United kecundang lagi. 

Dengan kekalahan tersebut,United berada di tangga ke 15 liga, agak hampir dengan zon penyingkiran.Tapi kipassusahmati United, sila jangan terkejut kerana liga baru saja bermula. Lalalalala. 



Selepas ini, United akan bertandang ke Stadium Of Light untuk berdepan dengan Sunderland. Berjaya kah mereka mencatat kemenangan pertama? Kita tunggu dan lihat. 

No comments:

Post a Comment